4+1 Langkah Simple untuk Bisnes Online

Pelik dan lucu.

Sebahagian orang sibuk mencari ‘hack’ yang kadang sangat ‘complicated’. Padahal bisnes online itu jika dibuat dengan langkah yang betul, ia lebih simple dan lebih mudah jana jualan.

Tak apalah. Biarlah. Lama-lama nanti, sedarlah tu. 🙂

4 langkah mudah bisnes online :

  1. Kaji permintaan untuk kenalpasti produk apa yang tinggi permintaan.
  2. Kenalpasti siapa pelanggan ideal untuk tawaran produk tersebut.
  3. Lancarkan kempen pemasaran untuk mendapatkan pelanggan ideal.
  4. Deal dengan prospek supaya mereka jadi pelanggan
  5. Pantau langkah 1 hingga 4.

Nantilah kita cerita setiap proses di atas dengan lebih mendalam.

Bisnes sekarang kurang jualan ?

Bila tiada jualan, semak semula langkah 1-4. Tanya diri sendiri.

  • " Aku dah kaji ka permintaan sebelum jual produk ni ? Ka aku syok sendiri ? "
  • " Aku dah kaji ka siapa pelanggan ideal untuk produk ni ? Ka aku syok sendiri jual pada semua orang ? "
  • " Mesej dalam kempen pemasaran aku, kena tak dengan apa yang pasaran nak ? "
  • " Aku deal dengan prospek dengan cara yang betul ke tak ? "

Nampak ?

Sebab itu langkah ke-5 penting. Bila kita pantau, kita tahu part mana yang problem.

Dan kita baiki part yang problem itu saja !

Betulkan satu-satu. Ia umpama puzzle yang perlu disiapkan mengikut urutan.

Jualan meletup itu ada prosesnya.

Bukan macam cucuh sumbu mercun. 3 saat, BOOM !

🙂